Showcase Zamani Slam Raja Pop Balada
Time
- 8:00 PM
Date
- 06 Oct 2017
- Done & Dusted
Location

- EVENT DETAILS
- VENUE
Bagi mengubati kerinduan peminat, Zamani akan tampil menjayakan persembahan ‘Live Showcase’ Zamani Slam (Raja Pop Balada) di Restoran Terapung Taman Tasik Titiwangsa – D’Saji KL Titiwangsa pada 6 Oktober ini.
Persembahan berdurasi lebih satu jam itu anjuran D’Saji KL Titiwangsa dan BEST FB KL serta turut mendapat kerjasama Indera Entertainment. Zamani mengakui teruja untuk beraksi dalam persembahan pertama terbesarnya tahun ini.
“Mulanya persembahan itu mahu diadakan di sebuah kelab hiburan tetapi saya fikir peminat saya bukan golongan yang suka ke situ. Kalau buat persembahan tiada sambutan, ia akan mendatangkan kesan negatif pada saya sendiri. Saya mahu ia berjaya dan akhirnya Restoran Terapung Taman Tasik Titiwangsa – D’Saji KL Titiwangsa dipilih,” katanya.
Zamani mengakui berdebar memikirkan sambutan yang bakal diterima. Bagaimanapun, dia lega apabila peminatnya memberikan respons positif di laman sosial.
“Saya juga selalu disokong oleh kelab peminat dan insya-Allah akan mendapat sambutan. Ruang persembahan juga sederhana boleh memuatkan sekitar 400 hingga 500 peminat dan ini membolehkan peminat lebih dekat dengan saya.
“Saya akan menyampaikan 16 lagu dengan iringan pemuzik daripada Patriot Band. Selain itu, persembahan itu turut menampilkan kumpulan Electric 5 sebagai artis undangan,” katanya.
Pembeli tiket akan dapat menikmati juadah lazat yang disediakan D’Saji.
Mereka yang ingin membeli tiket boleh melayari laman web MyTicket.Asia atau datang terus ke kaunter pertanyaan D’Saji Titiwangsa KL untuk mendapatkan tiket daripada harga serendah RM70 sehingga RM250.
D'SAJI KL TITIWANGSA
ADDRESS
D'SAJI KL TITIWANGSA
Jalan Maktab Off Jalan Semarak,
54000 Kuala Lumpur
FLOOR LEVELS
GROUND FLOOR
- PARKING AVAILABLE AT D'SAJI KL TITIWANGSA
FACILITIES
- WASHROOM
- SURAU






















































